Khamis, 26 Ogos 2010

Rahsia solat


Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Dipetik dari: Azarudin Bocheh on Thursday, August 5, 2010 at 11:36am

Sabtu, 13 Mac 2010

AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM :



BULAN MUHARRAM


Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin
Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka
Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya


BULAN SAFAR
BULAN RABIUL AWWAL
BULAN RABIUL AKHIR
BULAN JAMADIL AWWAL
BULAN JAMADIL AKHIR


Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.


REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,


Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji


Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.


Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.

(Sumber dari:http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/bulan_islam.asp)















Jumaat, 12 Mac 2010

PUBLISHER

Khamis, 11 Mac 2010

INTEGRASI ICT DALAM PENDIDIKAN ISLAM

ULASAN ARTIKEL

Artikel ini menjelaskan secara terperinci tentang bagaimana integrasi ICT membantu pengajar dalam pengajaran Pendidikan Islam.Masa kini mata pelajaran Pendidikan Islam amat kurang diminati oleh para pelajar.Penggunaan ICT dalam pengajaran akan memberi banyak faedah kepada guru mahupun pelajar.Dengan adanya intergrasi ICT dalam pendidikan akan menjadi lebih mudah dan banyak informasi dapat disampaikan  kepada pelajar. Selain itu, ia dapat membantu murid untuk menguasai lebih banyak ilmu dan berdaya saing dalam era pendidikan yang lebih mencabar. Bagi pengajar, ICT dapat membantu mempelbagaikan kaedah pembelajaran supaya ia tidak membosankan.

Pelbagai bentuk alat komunikasi yang boleh digunakan oleh tenaga pengajar di dalam pembelajaran mereka.Diantara beberapa alat komunikasi yang boleh digunakan ialah Elektronik mail,Newsgroup,World Wide Web ,Internet Voice dan Internet Relay Chat (IRC).

Melalui integrasi ICT dalam pembelajaran, corak pendidikan akan banyak berubah kerana, teknologi yang terintegral mempunyai kelebihan menggabungkan visual realistik dengan teks dan suara. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan pada pendekatan proses pembelajaran dapat dilaksanakan. Diantaranya perubahan fokus pembelajaran berpindah dari pengajaran berpusat pada pengajar (teacher centered) kepada pengajaran yang berpusatkan pada pembelajar (learners centered). Aktiviti pembelajaran terfokus pada aktiviti yang berorientasi pada proses pencarian dan penemuan berdasarkan pada teori belajar Construktivisme. Dalam teori belajar Construktivisme dipercayai bahawa belajar merupakan proses seseorang membentuk pengetahuan, apakah berdasarkan stimulus atau rasa ingin tahu yang kuat.

Integrasi ICT dalam pendidikan mengakomodasi teori belajar Behaviorits yang dipopularkan oleh BF. Skinner, dimana pelajar akan mengembangkan bentuk responnya secara bertahap terhadap stimulus ketika respon mereka diikuti oleh reinforcement tertentu. Integrasi ICT dalam pendidikan juga mengakomodasi teori belajar Cognitivism, dimana dengan bantuan ICT siswa melakukan proses bagaimana informasi diterima (teks, suara, gambar, grafis, animasi atau multimedia interaktif), diproses dan disimpan dalam komponen memori, baik jangka pendek maupun jangka panjang

Belajar Ilmu-ilmu keislaman (Islamic Studies) seperti Al-Qur’an, Solat, Haji, Iman, Sejarah, Aqidah, Bahasa Arab, Inggris dan sebagainya tidak lagi sekedar dipresentasikan secara manual-tradisional, akan tetapi secara modern-interaktif menggunakan multimedia dalam berbagai bentuk dan tersedia di berbagai tempat di dunia global, disediakan oleh berbagai sumber dan dapat diakses dengan mudah, cepat, dan murah, dapat digunakan dalam kelas tradisional maupun dalam kelas maya atau virtual.